MAKLUMAT KOKURIKULUM

 

AMANAT  PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

EN.OTHMAN SITLIN

 

 

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian

rakan guru melayari web ini.

Semoga rakan - rakan akan mendapat menafaat dan panduan

daripada apa yang telah saya cuba sediakan.

Sebelum ini saya tidak pernah melaksanakan tugas sebagai penolong kanan ko kurikulum secara pentadbiran.Walau bagaimanapun saya akan berusaha melaksanakan tugasan berkaitan dengan pengurusan ko kurikulum di sekolah ini.Semoga dengan bimbingan Guru besar rakan guru semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih.

TAKWIM KOKURIKULUM

 

PENGURUSAN UNIT

BAHAGIAN A
[Unit Beruniform]
BAHAGIAN B
[Kelab Dan Persatuan]
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris
Sains Dan Matematik
Agama Islam Bahasa
Arab Dan Jawi
 

BAHAGIAN C
[Sukan Dan Permainan]
 Olahraga 
Badminton
Bola Tampar
Bola Jaring
Bola Sepak
Sepak Takraw 
UKURAN GELANGGANG

 

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH 
 
  1. Menetapkan objektif sekolah dari segi sukan dan olahraga dan menentukan objektif itu dicapai.
  2. Membuat analisa dan mengesan kelemahan dan kekuatan pencapaian sukan dan mengambil tindakan-tindakan yang positif bagi meninggikan lagi apa yang telah dicapai.
  3. Menjalani pentadbiran dan pengurusan atas hal-hal yang berhubung dengan sukan.
  4. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan MSSD, MSSJ dan memastikan rancangan-rancangan itu disempurnakan bagi mencapai objektif.
  5. Membahagikan murid-murid mengikut Empat pasukan rumah.
  6. Membantu Pengetua menetapkan Guru Kanan Rumah dan guru-guru rumah yang lain.
  7. Membantu Pengetua membahagikan dan membuat penentuan tugas dan tanggungjawab sukan dan permainan kepada guru-guru.
  8. Menyelaraskan kegiatan/ latihan sukan rumah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
  9. Mengatur rancangan lengkap untuk Temasya Olahraga Tahunan Sekolah.
  10. Menyediakan anggaran belanja untuk setahun.
  11. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam sukan sekolah-sekolah atau badan-badan lain.
  12. Mengawasi dan menentukan keluar-masuk serta keselamatan alat-alat sukan daripada kerosakan/ kehilangan serta mengendali dan mengemaskini buku stok sekolah.
  13. Menentu dan menjamin segala alat sukan, padang dan sebagainya dapat digunakan bila diperlukan.
  14. Mengaturkan kenderaan/ kenaikan untuk ahli-ahli sukan sekolah sekiranya perlu untuk pergi ke tempat-tempat pertandingan.
  15. Menentu dan menjamin keselamatan murid-murid sewaktu bersukan.
  16. Menyemai dan memupuk semangat cinta dan banggakan sekolah dikalangan murid-murid di dalam dan di luar sekolah.
  17. Menyediakan laporan lengkap mengenai aktiviti pertandingan sukan dan olahraga di sekolah dan di peringkat MSSD atau sebagainya.
  18. Melaporkan kepada Pengetua segala perkara yang difikirkan penting untuk pengetahuan Pengetua.
  19. Mengatur dan menubuhkan peraturan sukan.
  20. Mengadakan kegiatan sukan selepas PMR.(jika sesuai)
  21. Mengadakan kelab sukan.
  22. Menyebarkan berita sukan.
  23. Menyelaras Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan rancangan mengajar.
  24. Guru Kanan Pendidikan Jasmani – membimbing guru-guru Pen. Jasmani dalam pengajaran.
PEKELILING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM


1.   - 
SPI Bil.1-2000-Penggunaan Buku Kerja SR
2.   - 
SPI Bil 2_2007-Peruntukan Waktu KOKU Sek.Ren dan Sek.Men
3.   -  S
PI Bil.3_1997-Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan_@ Pungutan Wang
4.   - 
SPI Bil.3_2003_Ke arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih
5.   - 
SPI Bil.4_1986 - Panitia Mata Pelajaran
6.   -  S
PI Bil. 4_2002 - Perlaksanaan Program Sekolah Selamat
7.   - 
SPI_Bil. 7_1995-Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman  Terhadap Pelajar Sekolah
8.   - 
SPI_Bil.7_2006-Panduan Perbelanjaan Peruntukan Koku sekolah
9.   - 
SPI _Bil.8_1995 Garis Panduan Pakaian Guru Bertugas  .
10.  -
SPI _Bil 8. 1998 Keselamatan  Diri Pelajar Di Sekolah
11.  -
Tambahan kepada SPI Bil 9 _ 2000 Keselamatan KOKU, PJK & SUKAN dalam - Luar Sekolah
12.  -
SPI Bil 9 2000 - Keselamatan KOKU, PJK & SUKAN dalam - Luar Sekolah
13.  -
SPI Bil 8 1999 - Keselamatan Pelajar Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah
14.  -
SPI Bil 2 1971 - Rukun Negara & Penubuhan Kelab Rukun Negara
15   -
SPI Bil 5 2000 - Lawatan Waktu Sekolah
16   -
SPI Bil 4 1995 - Perlaksanaan KRS & Tunas KRS
17.  -
SP AM Bil 23 1966 - Lagu kebangsaan Negaraku & Kibar Bendera
18.  -
SPI Bil 4 1984 - Perhimpunan Sekolah
19.  -
SPI Bil 2 1986 - Rekod Kehadiran &  Laporan Kehadiran KOKU
20.  -
SPI BIL 8 -1994  Penglibatan Pelajar Tahun 5 & 6 Dalam KOKU
21.  -
SPI BIL 4 - 2008 Bantuan pakaian Seragam Pasukan Badan Berunform (PBB) di sekolah
22   - SPI BIL 7 1999 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah 

 
 


 1. Menyemaikan kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

  2. Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid.

  3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.

  4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi.

  5. Menerapkan kemahiran asas vokasional sebagai persiapan awal alam pekerjaan kelak.

  6. Membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.

  7. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

  8. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.


 Perancangan dan panduan Ko-Kurikulum ini salah satu bidang penting di dalam pengurusan sesebuah sekolah untuk mencapai tahap JUARA. Rancangan
, panduan , dan segala aktiviti yang disusun diharapkan dapat memberi kesan yang positif kepada kegiatan Ko-Kurikulum dan tahap kecergasan murid sekolah ini
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , emosi, dan jasmani sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Untuk melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta mempunyai kepelbagaian kebolehan lagi berdisiplin dan dapat menyumbangkan budi dan
bakti kepada agama , masyarakat, bangsa , dan negara.
 


 Bahawasanya murid di sekolah ini mempunyai kebolehan dan daya untuk berkembang maju  dalam kegiatan Ko-Kurikulum. Oleh itu , peluang yang sepenuhnya diberikan kepada mereka untuk mengembangkan bakat mereka.

*        Bahawasanya guru-guru di sekolah ini mempunyai keupayaan , pengetahuan,kemahiran ,  kecekapan, semangat , dan kebolehan iktisas serta kepercayaan  profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh , dan bermutu bagi memajukan kegiatan Ko-Kurikulum sekolah.

*         Bahawasanya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal agar guru dan murid dapat menjalankan kegiatan KoKurikulum dalam keadaan selesa , harmoni, dan berkesan.. 

Objektif Kecemerlangan Pengurusan Kokurikulum

 

Menghindari serta menghapuskan sikap 'Mudah Mengalah' di kalangan murid

*        Menanam serta memupuk semangat berlumba dan sensitiviti yang   tinggi terhadap pencapaian yang cemerlang.

*        Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.

*        Melengkapkan pelajar dengan kecekapan dan kemahiran.

  Meningkatkan kecemerlangan akademik dan Ko-Kurikulum.

 

MAKLUMAT KOKUM

 Portal EPS
E-Pengurusan Sukan [MSSM]

PROTOKOL DAN SUSUNAN BENDERA

Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum

  Sains Sukan             Pandu Cermat 

aTakwim Pengurusann  KOKUM Tahun  2009 

 
Make a Free Website with Yola.